Monday, December 6, 2010

MAAL HIJRAH

Hari esok, 7/12/2010 adalah 1/muharram/1432 iaitu lahirlah tahun baru hijrah yang sering kali kita susah untuk mengingat.Tarikh kalendar Islam hanya diingat untuk peristiwa tertentu seperti hari raya, maulidir Rasul dan yang seumpama dengannya. Kita jarang menggunakan tarikh hijri utnuk urusan seharian. Misalnya menulis dairi mengikut tarikh Hijri. Kerana kita masih meyandarkan aktiviti kita kepada tarikh masihi. Adalah amat sukar untuk mengembalikan kalendar hijri menjadi kalendar utama dan kalendar masihi sebagi kalendar kedua. Keadaan ini berlaku apabila penjajah barat menukar segala-galanya. Saya fikir di zaman kegemilangan Melaka dan Kilafah Othmaniah kalendar Islam adalah kalendar utama.
Ini yang susahnya semua yang berasaskan Islam sudah jadi nombor dua. Sistem pendidikan Islam pun jadi sistem nombor dua, undang-undang Islam pun nombor dua, sistem kerajaan langsung tak ada sistem Islam, nombor dua pun tidak.
Adakah ini satu keluhan atau apa? Marilah kita mengembalikan semua yang nombor dua dan tak bernombor itu, iaitu Islam kembali kenombor satu.

Tuesday, July 27, 2010

Erti Kemerdekaan

Assamulaikum wmt wbt,

Apakah erti kemerdekaan? Inilah satu soalan yang tak pernah henti-henti ditanyakan orang. Tak kira berapa puluh atau ratus tahun masyarakat manusia menyambut kemerdekaan negara masing-masing persoalan erti kemerdekaan terus dilemparkan kebenak manusia. Sudah banyak huraian yang dikemukakan sepanjang zaman oleh failasuf , para intelek dan ahli politik. Namun ia masih juga relevan untuk dihuraikan dan terus dihuraikan selamanya. Ini kerana manusia masih juga belum merdeka secara fizikal, mental dan intelektual. Tetap juga ada manusia yang diperhambakan walaupun negaranya telah merdeka, masih juga ada yang tunduk kepada kuasa manusia walaupun zaman hamba abdi telah lama berlalu.

Apakah yang anda faham tentang kemerdekaan?