Monday, August 22, 2011

PLURALISME AGAMA



Respon Islam Terhadap Pluralisme Agama

Sebagaimana telah kita ketahui  bahwa, fahaman pluralisme agama adalah sebagai sebuah fahaman yang mengajarkan bahwa semua agama adalah sama dan kerananya kebenaran setiap agama adalah relatif. Oleh sebab itu setiap pemeluk agama tidak boleh mendakwa bahwa hanya agama dialah yang benar sedangkan yang lain salah. Kata-kata yang semua agama adalah sama, bererti ini akan berimbas pada penyamaan semua konsep-konsep dalam setiap agama-agama, baik konsep tuhan, amal, ilmu, dan lainnya.
Padahal konsep-konsep dalam Islam jauh lebih sempurna dari pada konsep-konsep dalam agama lain, ini disebabkan Islam sebagai agama penutup agama-agama dan secara automatik menjadi pelengkap dan penyempurna dari konsep agama sebelumnya. Sifat Tuhan yang difahami dalam Islam, tidak sama dengan konsepsi Tuhan yang difahami dalam doktrin dan tradisi keagamaan lain di dunia. Ia juga tidak sama dengan konsepsi Tuhan yang difahami dalam tradisi falsafah Yunani dan Hellenistik.  Ia tidak sama dengan konsepsi Tuhan yang difahami dalam falsafah Barat atau tradisi sains; juga tidak sama dengan yang difahami dalam tradisi mistisisme Timur mahu pun Barat. Kalau pun ada kemiripan yang mungkin ditemukan antara sifat Tuhan yang difahami dalam Islam dengan berbagai macam konsepsi agama lain, maka itupun tidak boleh ditafsirkan sebagai bukti bahwa Tuhan yang dimaksudkan adalah sama, yakni Tuhan Sejagat Yang Esa (The One Universal God), karena masing-masing konsep tersebut digunakan sesuai dengan dan termasuk dalam sistem dan kerangka konsepsual yang berbeda-beda, sehingga konsepsi tersebut yang merupakan suatu keseluruhan, atau super system, tidak sama antara satu dengan yang lain. Ini juga berarti bahwa tidak ada Kesatuan Transenden Agama-agama (transcendent unity of religions). 
Bahkan istilah kesatuan transenden agama-agama itu sendiri cukup menyesatkan, sebuah istilah yang boleh jadi lebih merupakan suatu motif  untuk agenda tersembunyi, dari keyakinan yang mereka percayai kebenarannya. Dakwaan kepercayaan yang ada pada mereka mengenai kesatuan transenden agama-agama sebenarnya merupakan hasil rekaan imaginasi induktif mereka, dan semata-mata bersumber dari spekulasi intelektual belaka, bukan dari pengalaman padu. Jika anadaian ini ditolak, dan mengingat jika aandaian ini ditolak, dan mengingat dakwaan mereka berasal dari pengalaman sendiri, maka boleh kita katakan bahwa, perasaan kesatuan yang dialami bukanlah agama, tapi merupakan aras yang berbeda-beda dari pengalaman keagamaan individu yang tidak boleh dipegang pada andaian, bahwa agama-agama secara individu, yang mengalami kesatuan seperti ini, mengandungi kebenaran dengan sah yang sama dengan agama-agama wahyu pada tataran kehidupan biasa.
Allah telah menerangkan tentang dirinya sendiri dalam kitab suciNya, tentang ciptaanNya, hubungan antara keduanya, serta jalan menuju keselamatan yang disampaikan pada Nabi dan Rasul pilihanNya, bukan melalui suara atau aksara, namun semuanya itu, telah Dia turunkan dalam bentuk kalamNya, kemudian disampaikan oleh Nabi kepada umat manusia dalam sebuah bentuk bahasa dengan sifat yang baru, namun boleh difahami, tanpa ada campur-aduk atau kekeliruan (confusion) dengan subjektiviti dan imaginasi kognitif pribadi Nabi. Wahyu ini bersifat akhir, dan ia (yakni al-Qur’an) tidak hanya menegaskan kebenaran wahyu-wahyu sebelumnya dalam bentuknya yang asli, tetapi juga mencakup kandungan kitab-kitab sebelumnya, dan memisahkan antara kebenaran dan hasil budaya serta produk etnik tertentu. Jadi jelaslah bahwa konsep Islam tidak sama dengan konsep agama-agama yang lainnya, dengan kata lain konsep Islam lebih sempurna dari konsep agama lain, dan ini bererti Islam menolak pluralisme agama-agama  disebabkan kaum pluralis mengakui unsur kebenaran dari semua agama.
Daripada isu-isu yang telah kita soroti, nampak wujudnya beberapa kecenderungan pemikiran Pluralisme Agama yang bergerak aktif di Malaysia telah tersasar dari asas fahamanan Islam yang sebenar. Walaupun tidak seburuk jika di banding dengan beberapa negara umat Islam lain tetapi oleh kerana masalah ini melibatkan aspek aqidah, apa-apa kepincangan perlu dianggap serius dan kritikal. Dalam realiti dunia tanpa sempadan hari ini, situasi di negara kita boleh mudah terpengaruh oleh perkembangan di negara lain dan keadaan boleh menjadi lebih buruk dalam jangka masa yang singkat.
Oleh kerana kerangka perlembagaan dan perundangan Malaysia membuka jalan kepada penanganan isu ini secara komprehensif, maka segala pendekatan yang ada termasuk pendidikan, kempen kesedaran, dialog, penguatkuasaan undang-undang hendaklah dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi membenteras gejala Pluralisme Agama di negara kita.
Antara langkah yang disarankan:
1. Fatwa-fatwa yang jelas dikeluarkan berkenaan dengan fahaman Pluralisme Agama dan apa-apa amalan yang berkaitan dengannya.
2. Penerangan tentang Pluralisme Agama, bahaya dan perinciannya perlu dimasukkan dalam sukatan pendidikan di semua peringkat yang sesuai.
3. Maklumat dan penerangan tentang Pluralisme Agama perlu disebarkan di kalangan umat Islam dalam pelbagai bentuk kempen penerangan yang sesuai.
4. Individu dan kumpulan yang menyebarkan fahaman ini perlu dinasihatkan dan jika mereka berterusan melakukannya perlu disusuli dengan tindakan undang-undang.
5. Pada masa yang sama, orang bukan Islam perlu diberi penerangan tentang asas dan falsafah di sebalik ajaran Islam berkaitan dengan hubungan dan interaksi dengan penganut agama lain. Dengan ini tidak akan timbul salah-fahaman terhadap ketegasan umat Islam dalam aspek ini. Mereka juga tidak akan secara sengaja terlibat dalam menganjurkan sesuatu yang boleh menjuruskan rakan-rakan Muslim mereka dalam gejala Pluralisme Agama.
Semoga Allah SWT sentiasa menunjukkan kepada kita kebenaran itu dengan sejelas-jelasnya dan memberi kekuatan kepada kita untuk mengikutinya dan mempertahankannya, serta menunjukkan kebatilan itu sebagai kebatilan dan memberi kekuatan kepada kita untuk menjauhi dan mencegahnya. Dan semoga Allah SWT sentiasa memelihara Islam dan Umat Islam di negara yang dicintai ini. WaLlahu a`lam.