Ketahuilah bahawa puasa ramadhan itu ada tiga darjat atau tahap:
- Tahap Biasa - adalah sekadar menghindarkan nafsu perut dan kemaluan dari memuaskan syahwat. Ini adalah puasa orang awam
- Tahap Istimewa atau khusus - adalah darjat diatas tadi ditambah dengan menghindarkan pendengaran, pemandangan, lidah, tangan, kaki dan semua anggota dan deria dari berbuat dosa. Ini adalah puasa orang soleh
- Tahap Paling Istimewa atau khususul khusus - adalah ditambah lagi tahap dua dengan puasa hati dari semua keingingan rendah dan fikiran keduniaan serta menghindarkan ingatan hati dari selain Allah.. Ini adal puasa para Nabi
Bagi orang yang tidak mengejar keistimewaan disisi Allah dia akan berpuashati dengan puasa darjat pertama sekadar melakukan fardu 'ain dan terlepas dari dosa. Tetapi bagi orang yang mengejar keistimewaan disisi Allah di Akhirat nanti tentulah mereka mahu mencapai darjat 'khususul khusus'. Tentulah sukar dilalui didunia moden hari ini yang penuh dengan 'gharar' dan cubaan. Usaha ini memerlukan 'uzlah' yakni memencil diri dari khalayak ramai dan usaha begini tidak ramai orang yang dapat melakukannya.
Bagi mencapai tahap 'khususul khusus' ini, memikirkan apa yang hendak dimakan waktu berbuka sudah dianggap gagal oleh ulama tasawwuf. Apatah lagi yang bercampur baur dengan segala macam perbuatan dan amalan berlebihan makanan dan bermewah-mewahan.
INTISARI DARI PETIKAN 'IHYA ULUMUDDIN' OLEH IMAM ALGHAZALI.
No comments:
Post a Comment