Ir Mustafa Ab Kadir
Membudayakan Fikrah Melakar Sejarah
Wednesday, December 2, 2015
ULAMA MEMBAWA KEHANCURAN PAS
Benarlah sabda Rasulullah saw yang mengatakan 'ulama itu pewaris para Nabi'. Namun apakah yang diwarisi mereka? Sudah tentu ilmu dan dakwahnya tetapi bukan darjat nabi-nabi itu. Dengan itu sikap ahli dan penyokong Pas mendewakan ulama sehingga tidak boleh dikritik adalah keterlaluan dan tidak menepati sabda Rasulullah itu. Mereka menyanggah sebarang krikan terhadap ulama yang memimpin Pas sehingga melebelkan pengkritik itu sebagai syaitan?
KERTAS CADANGAN TESIS Ph.D
PENGAJIAN ISLAM
Perspektif Maqasid Syariah Dalam Undang-Undang Jenayah Syariah
Malaysia-kes zina, khalwat dan bersekedudukan
Ir. Mustafar Bin Ab. Kadir
Pendahuluan
Kajian ini menjurus kepada menyelusuri applikasi
maqasid syariah dalam undang-undang jenayah syariah di Malaysia secara
menyeluruh. Hubung kait hukum jenayah syariah dengan asas-asas usul fiqh dan
maqasid syariah akan diperiksa dari sudut sejarah taqnim hukum-hukum tersebut dan asas-asas hukum syara’ yang
bersumberkan Al-Quran an Al-Sunnah. Apakah undang-undang jenayah yang
berasaskan takzir boleh dikira memenuhi kehendak maqasid syariah sedangkan
hukum asalnya mungkin berasaskan hukum hudud. Undang-undang jenayah syariah di Malaysia
berevolusi dari zaman kerajaan Islam Melaka hingga ke era penjajahan Inggeris.
Penjajah memainkan peranan dalam mencorakkan hukum jenayah syariah di
negeri-negeri Melayu waktu itu dan Malaya kemudiannya hinggalah ke Malaysia
masa kini (Mahmood Zuhdi, 2007).
Persoalan yang timbul apakah undang-undang ini menepati kehendak syara’ dan
maqasid syariah. Fiqh Maqasid telah lama berkembang sebelum zaman ini lagi dan
dunia Melayu mempunyai ramai ulama tersohor tetapi tiada terdapat bukti
ulama-ulama ini mempertikaikan undang-undang ini bahkan hingga selepas
kemerdekaan Negara kita. Undang-undang ini lari jauh dari hukum syara’ yang
asal iaitu hukum
hudud, qisas dan takzir. Hanya hukum
tahap takzir saja diamalkan, itu pun pada tahap yang minima. Sejauh mana
prinsip-prinsip maqasid syariah boleh dijadikan asas dalam pengurusan
undang-undang jenayah syariah khususnya undang-undang berkaitan zina, khalwat
dan bersekedudukan.
Maqasid
al-Shariah” boleh diterjemahkan sebagai
objektif Shariah, manakala secara umum ia bererti segala tujuan di sebalik
penciptaan shariah pada keseluruhannya dan di sebalik setiap hukum di dalamnya
secara satu persatu. Walau bagaimanapun, huraian di atas bukan berasaskan
kepada mana-mana tradisi yang mantap kerana para ulama’ zaman klasik tidak
pernah mendefinisikan istilah ini, tidak sebagaimana yang biasa dilakukan
kepada istilah-istilah lain dalam pengajian shariah, sehinggakan Imam
al-Syatibi sendiri yang merupakan kemuncak autoriti dalam subjek ini pun tidak
pernah berbuat demikian. {Mahmood Zuhdi, 2012}
Thursday, November 15, 2012
KISAH MUHAJIR UMMU QAIS
KISAH MUHAJIR UMMU QAIS
Sempena menjelangnya tahun hijrah 1434 yang disambut hari ini 15/11/2012, kita petik satu kisah yang menarik berhubung meletakkan niat kita didalam sesuatu amalan atau tindakan. Periksalah diri kita dalam setiap amal supaya mendapat ganjaran Allah.
Waqi' telah meriwayatkan dari Al A'masy bahawa Syaqiq iaitu Abu Wail, berkata: Seorang lelaki badwi dari satu kabilah telah meminang seorang perempuan bernama Ummu Qais. Ummu Qais enggan menerima lamarannya kecuali lelaki itu berhijrah. Dia pun berhijrah lalu mengahwininya. Kamu pun menggelarkannya sebagai muhajir Ummu Qais.
Telah terkenal bahawa kisah Ummu Qais ini merupakan sebab kepada sabda Rasulullah saw:
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Sunday, August 5, 2012
DARJAT PUASA
Saudaraku,
Ketahuilah bahawa puasa ramadhan itu ada tiga darjat atau tahap:
Ketahuilah bahawa puasa ramadhan itu ada tiga darjat atau tahap:
- Tahap Biasa - adalah sekadar menghindarkan nafsu perut dan kemaluan dari memuaskan syahwat. Ini adalah puasa orang awam
- Tahap Istimewa atau khusus - adalah darjat diatas tadi ditambah dengan menghindarkan pendengaran, pemandangan, lidah, tangan, kaki dan semua anggota dan deria dari berbuat dosa. Ini adalah puasa orang soleh
- Tahap Paling Istimewa atau khususul khusus - adalah ditambah lagi tahap dua dengan puasa hati dari semua keingingan rendah dan fikiran keduniaan serta menghindarkan ingatan hati dari selain Allah.. Ini adal puasa para Nabi
Bagi orang yang tidak mengejar keistimewaan disisi Allah dia akan berpuashati dengan puasa darjat pertama sekadar melakukan fardu 'ain dan terlepas dari dosa. Tetapi bagi orang yang mengejar keistimewaan disisi Allah di Akhirat nanti tentulah mereka mahu mencapai darjat 'khususul khusus'. Tentulah sukar dilalui didunia moden hari ini yang penuh dengan 'gharar' dan cubaan. Usaha ini memerlukan 'uzlah' yakni memencil diri dari khalayak ramai dan usaha begini tidak ramai orang yang dapat melakukannya.
Bagi mencapai tahap 'khususul khusus' ini, memikirkan apa yang hendak dimakan waktu berbuka sudah dianggap gagal oleh ulama tasawwuf. Apatah lagi yang bercampur baur dengan segala macam perbuatan dan amalan berlebihan makanan dan bermewah-mewahan.
INTISARI DARI PETIKAN 'IHYA ULUMUDDIN' OLEH IMAM ALGHAZALI.
Monday, July 23, 2012
Bantuan Iftar Ramadan 4 (Al-BIR 1432H): 15 Ramadan 1432 H: House to House Iftar Distributi...
Bantuan Iftar Ramadan 4 (Al-BIR 1432H): 15 Ramadan 1432 H: House to House Iftar Distributi...: over 200 families received the iftar package
Tuesday, July 3, 2012
PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam
Pendidikan menurut Islam “satu proses berterusan untuk merubah, melatih dan mendidik akal jasmani dan rohani manusia berdasarkan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah Taala untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat.
Pendidikan Islam bermaksud memberi pendidikan kepada pelajar berdasarkan ajaran Islam. Mendidik juga bermaksud mengasuh, menjaga dan membelai supaya seseorang pelajar itu menjadi baik. Baik di sini tentulah bermaksud baik pada pandangan Islam. Ilmu pengetahuan yang diberi itu ialah suatu wadah dalam pendidikan. Justeru ilmu belum tentu mendidik, dan memberi ilmu juga belum tentu lagi memberi pendidikan. Ramai ahli pendidikan tersalah faham bahawa dengan menyampaikan mata pelajaran Islam sudah memenuhi tuntutan pendidikan Islam. Sedangkan pendidikan Islam memerlukan asuhan iaitu mewujudkan persekitaran yang menggalakkan mereka mengamalkan Islam. Misalnya tiada kesannya kalau mengajar ibadah salat sedangkan tidak ada surau atau mesjid yang mereka boleh diajak solat berjamaah.
Mendidik ialah kata-kata nasihat supaya pelajar melakukan sesuatu yang baik. Menasihati pelajar supaya melakukan suruhan Tuhan seperti solat, beradab dengan ibu bapa dan guru adalah pendidikan. Menasihati pelajar supaya belajar dengan baik dan tekun adalah pendidikan juga. Menjaga kebersihan diri, bilik darjah, kawasan sekolah, kantin, padang adalah tuntutan Islam. Kekemasan diri, bilik darjah, kawasan rumah, juga tuntutan Islam. Menasihati pelajar untuk melakukan semua ini ialah pendidikan Islam. Berdasarkan kepada takrifan ini bermakna, tugas pendidikan Islam bukan terletak kepada ibu bapa dan guru agama sahaja, malah kepada semua orang Islam. Kalau di rumah, ibu bapa dan keluarga itu yang bertanggungjawab memberi pendidikan Islam. Manakala di sekolah pula, semua guru yang beragama Islam adalah bertanggungjawab memberi pendidikan Islam kepada semua murid Islam. Guru agama atau istilah sekarang guru Pendidikan Islam, lebih luas tanggungjawabnya; pertama menyampaikan pengetahuan Islam dan kemudian mendidik dengan pendidikan Islam. Masyarakat pula bertanggungjawab untuk menghidupkan budaya Islam di dalam masyarakat. Ini termasuklah percakapan, pergaulan, permainan, urusan harian dalam hal ekonomi, politik, sosial, teknikal dan sebagainya.(Mohd ‘Athiyah Al-Abrasyi ,1969)
Sekolah merupakan institusi formal dalam proses memberi pendidikan Islam. Pendidikan diberi berdasarkan disiplin ilmu. Disiplin ilmu lslam khusus yang ada di sekolah ialah Aqidah, Ibadah, Akhlak, Sirah serta Tilawah Al-Quran (Lihat sukatan pelajaran Pendidikan Islam menengah dan rendah, 1997). Selain daripada itu, pendidikan Islam juga diberi secara tidak formal melalui aktiviti kokurikulum sekolah. Seperti bekerjasama, budaya ilmu, solat berjamaah, amanah, kebersihan, mengikut peraturan, makan beradab, tepat masa, hormat guru, mengucap salam sesama Islam, ucapan selamat kepada yang bukan Islam dan banyak lagi. Ini semua adalah pendidikan Islam. Pada hari ini kebanyakan sekolah hanya mementingkan pencapaian dalam peperiksaan bukan pencapaian pembentukan peribadi rabbani atau ulul-albab seperti yang disebut olh Al-Quran.
Matlamat akhir pendidikan Islam ialah melahirkan individu muslim yang faham Islam dan faham ilmu-ilmu Islam yang fardhu ‘ain dan yang fardhu kifayah, seterusnya menghayati ajaran Islam dalam hidupnya dengan bahagia, berkeluarga, bermasyarakat, bertamadun, serta mendapat kesejahteraan selepas matinya. Persoalannya ialah, apakah pendidikan Islam dalam sistem pendidikan hari ini menuju ke arah itu? Atau pun masyarakat, termasuk golongan guru, masih kabur terhadap konsep dan kefahaman ini?
Monday, August 22, 2011
PLURALISME AGAMA
Respon Islam Terhadap Pluralisme Agama
Sebagaimana telah kita ketahui bahwa, fahaman pluralisme agama adalah
sebagai sebuah fahaman yang mengajarkan bahwa semua agama adalah sama dan
kerananya kebenaran setiap agama adalah relatif. Oleh sebab itu setiap pemeluk
agama tidak boleh mendakwa bahwa hanya agama dialah yang benar sedangkan yang
lain salah. Kata-kata yang semua agama adalah sama, bererti ini akan berimbas
pada penyamaan semua konsep-konsep dalam setiap agama-agama, baik konsep tuhan,
amal, ilmu, dan lainnya.
Padahal konsep-konsep dalam Islam
jauh lebih sempurna dari pada konsep-konsep dalam agama lain, ini disebabkan Islam
sebagai agama penutup agama-agama dan secara automatik menjadi pelengkap dan
penyempurna dari konsep agama sebelumnya. Sifat Tuhan yang difahami dalam
Islam, tidak sama dengan konsepsi Tuhan yang difahami dalam doktrin dan tradisi
keagamaan lain di dunia. Ia juga tidak sama dengan konsepsi Tuhan yang difahami
dalam tradisi falsafah Yunani dan Hellenistik.
Ia tidak sama dengan konsepsi Tuhan yang difahami dalam falsafah Barat
atau tradisi sains; juga tidak sama dengan yang difahami dalam tradisi
mistisisme Timur mahu pun Barat. Kalau pun ada kemiripan yang mungkin ditemukan
antara sifat Tuhan yang difahami dalam Islam dengan berbagai macam konsepsi
agama lain, maka itupun tidak boleh ditafsirkan sebagai bukti bahwa Tuhan yang
dimaksudkan adalah sama, yakni Tuhan Sejagat Yang Esa (The One Universal God), karena masing-masing konsep tersebut
digunakan sesuai dengan dan termasuk dalam sistem dan kerangka konsepsual yang
berbeda-beda, sehingga konsepsi tersebut yang merupakan suatu keseluruhan, atau
super system, tidak sama antara satu
dengan yang lain. Ini juga berarti bahwa tidak ada Kesatuan Transenden
Agama-agama (transcendent unity of
religions).
Bahkan istilah kesatuan transenden
agama-agama itu sendiri cukup menyesatkan, sebuah istilah yang boleh jadi lebih
merupakan suatu motif untuk agenda tersembunyi,
dari keyakinan yang mereka percayai kebenarannya. Dakwaan kepercayaan yang ada
pada mereka mengenai kesatuan transenden agama-agama sebenarnya merupakan hasil
rekaan imaginasi induktif mereka, dan semata-mata bersumber dari spekulasi
intelektual belaka, bukan dari pengalaman padu. Jika anadaian ini ditolak, dan
mengingat jika aandaian ini ditolak, dan mengingat dakwaan mereka berasal dari pengalaman
sendiri, maka boleh kita katakan bahwa, perasaan kesatuan yang dialami bukanlah
agama, tapi merupakan aras yang berbeda-beda dari pengalaman keagamaan individu
yang tidak boleh dipegang pada andaian, bahwa agama-agama secara individu, yang
mengalami kesatuan seperti ini, mengandungi kebenaran dengan sah yang sama
dengan agama-agama wahyu pada tataran kehidupan biasa.
Allah telah menerangkan tentang
dirinya sendiri dalam kitab suciNya, tentang ciptaanNya, hubungan antara
keduanya, serta jalan menuju keselamatan yang disampaikan pada Nabi dan Rasul
pilihanNya, bukan melalui suara atau aksara, namun semuanya itu, telah Dia
turunkan dalam bentuk kalamNya, kemudian disampaikan oleh Nabi kepada umat manusia
dalam sebuah bentuk bahasa dengan sifat yang baru, namun boleh difahami, tanpa
ada campur-aduk atau kekeliruan (confusion)
dengan subjektiviti dan imaginasi kognitif pribadi Nabi. Wahyu ini bersifat akhir,
dan ia (yakni al-Qur’an) tidak hanya menegaskan kebenaran wahyu-wahyu sebelumnya
dalam bentuknya yang asli, tetapi juga mencakup kandungan kitab-kitab
sebelumnya, dan memisahkan antara kebenaran dan hasil budaya serta produk etnik
tertentu. Jadi jelaslah bahwa konsep Islam tidak sama dengan konsep agama-agama
yang lainnya, dengan kata lain konsep Islam lebih sempurna dari konsep agama
lain, dan ini bererti Islam menolak pluralisme agama-agama disebabkan kaum pluralis mengakui unsur
kebenaran dari semua agama.
Daripada isu-isu yang telah kita soroti,
nampak wujudnya beberapa kecenderungan pemikiran Pluralisme Agama yang bergerak
aktif di Malaysia telah tersasar dari asas fahamanan Islam yang sebenar. Walaupun
tidak seburuk jika di banding dengan beberapa negara umat Islam lain tetapi
oleh kerana masalah ini melibatkan aspek aqidah, apa-apa kepincangan perlu
dianggap serius dan kritikal. Dalam realiti dunia tanpa sempadan hari ini,
situasi di negara kita boleh mudah terpengaruh oleh perkembangan di negara lain
dan keadaan boleh menjadi lebih buruk dalam jangka masa yang singkat.
Oleh kerana kerangka perlembagaan
dan perundangan Malaysia membuka jalan kepada penanganan isu ini secara
komprehensif, maka segala pendekatan yang ada termasuk pendidikan, kempen
kesedaran, dialog, penguatkuasaan undang-undang hendaklah dimanfaatkan
sebaik-baiknya bagi membenteras gejala Pluralisme Agama di negara kita.
Antara langkah yang disarankan:
1. Fatwa-fatwa yang jelas
dikeluarkan berkenaan dengan fahaman Pluralisme Agama dan apa-apa amalan yang
berkaitan dengannya.
2. Penerangan tentang Pluralisme
Agama, bahaya dan perinciannya perlu dimasukkan dalam sukatan pendidikan di
semua peringkat yang sesuai.
3. Maklumat dan penerangan tentang
Pluralisme Agama perlu disebarkan di kalangan umat Islam dalam pelbagai bentuk
kempen penerangan yang sesuai.
4. Individu dan kumpulan yang
menyebarkan fahaman ini perlu dinasihatkan dan jika mereka berterusan
melakukannya perlu disusuli dengan tindakan undang-undang.
5. Pada masa yang sama, orang bukan
Islam perlu diberi penerangan tentang asas dan falsafah di sebalik ajaran Islam
berkaitan dengan hubungan dan interaksi dengan penganut agama lain. Dengan ini
tidak akan timbul salah-fahaman terhadap ketegasan umat Islam dalam aspek ini.
Mereka juga tidak akan secara sengaja terlibat dalam menganjurkan sesuatu yang
boleh menjuruskan rakan-rakan Muslim mereka dalam gejala Pluralisme Agama.
Semoga Allah SWT sentiasa
menunjukkan kepada kita kebenaran itu dengan sejelas-jelasnya dan memberi
kekuatan kepada kita untuk mengikutinya dan mempertahankannya, serta
menunjukkan kebatilan itu sebagai kebatilan dan memberi kekuatan kepada kita
untuk menjauhi dan mencegahnya. Dan semoga Allah SWT sentiasa memelihara Islam
dan Umat Islam di negara yang dicintai ini. WaLlahu a`lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)